ELEMEN ANATOMI DALAM FLEKSIBILITI

 Fleksibiliti ialah keupayaan sendi atau sendi-sendi untuk bergerak secara licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan pada sesuatu sendi dan adalah berbeza di antara seseorang indvidu dengan individu yang lain. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan ini termasuklah tetapi tidak terhad kepada struktur sendi, ligamen, otot rangka, kulit, kecederaan pada tisu, tisu adiposa, suhu tubuh, umur dan juga gender. Fleksibiliti pada sendi hendaklah dibina mengikut keperluan julat pergerakan pada sendi yang berkenaan. Bagi kebanyakan daripada aktiviti rutin harian dan aktiviti kesenggangan, fleksibilti yang lazimnya terdapat pada seseorang individu adalah memadai untuk melakukannya. Walau bagaimanapun bagi sesetengah aktiviti misalnya aktiviti sukan dan permainan, julat pergerakan pada sendi-sendi tertentu perlu ditingkatkan bagi mencapai prestasi yang optimimum dalam aktiviti tersebut selain daripada mengurangkan risiko mendapat kecederaan pada sendi-sendi yang terlibat. Fleksibiliti pada sesetengah daripada sendi dapat dikekalkan atau ditingkatkan ke tahap yang lebih baik menerusi aktiviti regangan yang merupakan komponen yang penting bagi senaman. Regangan membantu meningkatkan fleksibiliti dengan meningkatkan julat pergerakan pada sendi-sendi tertentu di samping mengurangan risiko untuk mendapat kecederaan pada sendi-sendi tersebut. Elemen Anatomi Dalam Fleksibiliti Usaha untuk mengekalkan atau meningkatkan fleksibiliti seharusnya ditunjangi terlebihi dahulu dengan pengetahuan tentang elemen anatomi bagi fleksibiliti agar tidak melampaui batasan keupayaan sendi-sendi yang terlibat. Ini penting bagi mendapatkan julat pergerakan yang optimum tanpa meningkatkan risiko untuk berlakunya kecederaan pada sendi-sendi tersebut. Elemen anatomi yang dimaksudkan adalah sendi, ligamen, tendon, tisu areolar, otot rangka dan reseptor regangan.


Sendi 

Sendi ialah tempat pertemuan antara tulang-tulang atau kartilej dengan tulang. Sendi merupakan elemen paling penting di dalam fleksibiliti. Sendi berdasarkan fungs terbahagi kepada tiga iaitu sendi tanpa gerak (sinartrosis), sendi gerakan terhad (amfiartrosis) dan sendi gerakan bebas (diatrosis). Namun, dalam fleksibiliti hanya dua sendi yang sangat penting iaitu sendi amfiartrosis dan sendi diatrosis. Selain itu, sendi berdasarkan struktur pula terbahagi kepada tiga iaitu sinovial, fibrous dan cartilagenous. Dalam hal ini sendi berdasarkan struktur yang sangat penting dalam fleksibiliti ialah sinovial.

Jenis-jenis sendi sinovial

- Sendi Paksi - Sendi gelungsur - Sendi engsel - Sendi kondil - Sendi Pelana

- Sendi Lesung



Rajah 1. LOKASI SENDI


LIGAMEN

Ligamen ialah merupakan satu stuktur yang menghubungkan antara satu tulang dengan tulang yang lain di dalam tubuh badan. Ligamen juga boleh di takrifkan sebagai tisu berserat yang menyambung sesama tulang. Ligamen bersifat kuat dan kenyal yang memegang tulang agar tidak bergerak dari kedudukan asal. Ligamen penting dalam fleksibiliti atau kelenturan seseorang. Cedera ligament boleh menyebabkan seseorang tidak boleh melakukan aktiviti harian terutamanya yang melibatkan fleksibiliti.


Rajah 2. LOKASI LIGAMEN



TENDON

Tendon juga merupakan elemen yang diperlukan untuk meperolehi fleksibiliti yang baik dalam kehidupan. Tendon dan ligamen adalah dua elemen yang berbeza tetapi fungsi kedua-duanya ada hampir sama iaitu penghubung. Tendon atau (sinew) adalah seturus tisu serat penghubung keras yang menghubungkan otot dan tulang. Perkara ini juga, tendon dan otot berkerjasama untuk menggerakkan tulang. Oleh itu, tendon sangat penting untuk fleksibiliti.

Rajah 3. LOKASI TENDON


Tisu Areolar

Tisu areolar adalah sejenis tisu perantara atau tisu penghubung. Tisu ini berperanan untuk menyatukan dan melindungi pelbagai tisu yang berbeza. Tisu ini bersifat fleksibel dan mengandungi simpanan air dan garam untuk kegunaan tisu-tisu lain di sekelilingnya.



Otot Rangka 
Tisu otot terdiri daripada sel otot yang mengandungi filament protein yang menguncup dan mengubah panjang serta bentuk sel otot. Otot rangka dilekatkan kepada tulang rangka oleh tendon dan digunakan untuk menggerakkan rangka dalam pergerakan lokomotor dan untuk mengekalkan postur. Otot rangka mempunyai sifat kebolehpanjangan dan keanjalan dan akan terkoyak jika diregangkan melampaui had keanjalannya.


Reseptor Regangan
Reseptor regangan terdiri daripada dua jenis reseptor iaitu gelendung otot (muscle Spindle) dan organ tendon Golgi (Golgi tendon organ). Gelendung otot terletak di bahagian tengah otot dan berperanan untuk menghantar maklumat kepada otot untuk menguncup. Organ tendon Golgi pula terletak di hujung serat otot dan menghantar maklumat kepada otot untuk releks. Penggunaan otot secara kerap dengan meregangkannya akan mengurangkan refleks yang menghalang fleksibiliti. Regangan otot yang sukar pada mulanya akan bertambah mudah apabila kerap diregang dan ini dapat meningkatkan julat pergerakan pada sendi.





3 comments:

PENULIS

 FLEKSIBILITI (SAINS SUKAN) NAMA PENULIS: Datu Mohammad Syahrulnizam Bin Datu Mohammad Said ASAL: Tawau Sabah STATUS: Bujang  MOTO: Menjadi ...